Sony Xperia 5 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM3399

Sony Xperia 5 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM3399

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Sony baru-baru ini telah menawarkan telefon pintar Xperia 1 secara rasminya di Malaysia. Selain daripada Xperia 1, kini pengeluar dari Jepun berkenaan turut dalam perancangan untuk memasarkan Xperia 5 untuk pasaran Malaysia.

Xperia 5 telah diumumkan pada September 2019 lepas, dimana ia hadir dengan skrin 6.1-inci dengan nisbah 21:9, dijana cip Snapdragon 855, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia dilengkapi tri-kamera belakang, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Xperia 5

Di Malaysia, telefon pintar ini akan ditawarkan bermula 1 November kelak pada harga RM3399. Pembeli terawal juga bakal menerima fon telinga WH-H900N bernilai RM1159 secara percuma.

Jadi, pada harganya, apa kata anda dengan penawaran Sony ini? Adakah ia berbaloi?


TIPS & ULASAN