Kamera Sebesar Butir Pasir Ini Ialah Yang Terkecil Di Dunia

Kamera Sebesar Butir Pasir Ini Ialah Yang Terkecil Di Dunia

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Tahun ini telefon pintar mula hadir dengan sensor yang besar bagi meningkatkan kemampuan fotografi. Isocell Bright HMX, ialah pemegang rekod sensor telefon pintar paling besar dengan saiz fizikal 1/1.33-inci. Bagaimana pula dengan kamera paling kecil dunia? Rekod ini dipegang oleh OmniVision OV6948 yang hanya sebesar butir pasir.

Saiz fizikal OmniVision OV6948 ialah 0.575 x 0.575 x 0.232mm dan ia dibangunkan khusus untuk industri perubatan. Kerana saiznya yang kecil ini ia hanya mampu mengambil gambar 0.04 Megapixel. Apabila dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar 120 darjah, ia boleh digunakan pada peralatan perubatan bagi memudahkan proses pembedahan yang rumit. Kerana saiznya yang kecil ia tidak mengeluarkan haba yang tinggi dan menggunakan bekalan kuasa yang rendah.


TIPS & ULASAN