Cari @ Amanz

Motorola telah hadir dengan beberapa peranti berspesifikasi pertengahan sebelum ini, dan kini mereka meneruskan penawaran dengan memperkenalkan sekitar empat telefon pintar baru. Empat telefon yang diumumkan oleh Motorola adalah termasuk Moto G8 Play, Moto G8 Plus, Moto E6 Play dan juga Motorola One Macro.

Motorola Baru 2019

Moto G8 Play hadir dengan skrin 6.2-inci pada resolusi HD, dijana cip MediaTek Helio P60, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Ia hadir dengan bateri berkapasiti 4000mAh, dan menjanjikan penawaran prestasi 30% lebih pantas berbanding Moto G7 Play sebelum ini.

Moto G8 Plus pula menawarkan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Melengkapkan ia adalah bateri 4000mAh, dilengkapi kamera utama 48-megapixel dibelakang yang turut ditemani sensor 2MP (depth) dan juga sensor 8MP (ultra-lebar). Untuk swafoto, ia menyertakan kamera 25-megapixel. Motorola turut mengatakan ia hadir dengan penawaran audio yang kuat, selain sokongan pengecasan pantas bersama dengannya.

Motorola E6 Play pula peranti pada harga mampu-milik daripada Motorola, hadir dengan skrin 5.5-inci HD+, dijana cip MediaTek, memori sehingga 2GB RAM, dan storan 32GB. Ia menggunakan kamera utama 13-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 5-megapixel dihadapan.

Dan akhir sekali Motorola One Macro yang hadir dengan fokus terhadap kamera untuk rakaman makro. Ia hadir dengan skrin 6.2-inci pada resolusi 720p, dijana cip Helio P70, memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera utama belakang 13-megapixel, kamera 2MP untuk depth, selain kamera 2MP untuk rakaman makro. Peranti ini turut menggunakan bateri 4000mAh.

Buat masa ini, Motorola hanya mengumumkan penawaran dibeberapa buah negara sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan dipasarkan di Malaysia atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd