Carian
Micron Memperkenalkan SSD Pusat Data Berdasarkan Teknologi 3D XPoint – Micron X100
October 25, 2019 Nazrin

3D XPoint ialah teknologi cip storan yang dibangunkan melalui usahasama syarikat pembina cip storan Micron dan juga Intel. Intel dahulunya dilihat menggunakan cip tersebut didalam produk storan mereka yang dikenali sebagai Intel Optane.

Intel kemudiannya dilihat menjual pegangan mereka didalam projek ini kepada Micron, dimana Micron kemudiannya membangunkan teknologi 3D Xpoint ini dengan sendiri.

Hari ini, di acara Micron Insight 2019, Micron dilihat memperkenalkan storan SSD Micron X100 yang menggunakan teknologi 3D XPoint terbaru. Paling ketara mengenai SSD ini ialah ia mempunyai kelajuan membaca dan menulis data sepantas 9GB/s, disamping nilai input dan output data setinggi 2.5 juta IOPS, dan sela masa yang lebih 11 kali lebih rendah dari produk-produk pesaing lain.

Menariknya, storan SSD Micron X100 ini menggunakan sambungan NVMe dan syarikat-syarikat tidak perlu menukar sebarang kelengkapan ataupun perisian mesin pelayan. SSD ini boleh digunakan untuk pelbagai tugasan pusat data, seperti pengaksesan data pantas, kecerdasan buatan dan sebagainya.

Menurut Micron, SSD Micron X100 ini akan mula diperkenalkan pada beberapa pelanggan terlebih dahulu bermula suku terakhir 2019.

https://youtu.be/nMBCtIAYt2E

Komen