Kamera LomoMod No.1 Diperbuat Daripada Kadbod Yang Perlu Dipasang Sendiri

Kamera LomoMod No.1 Diperbuat Daripada Kadbod Yang Perlu Dipasang Sendiri

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Sedekad yang lalu minat orang ramai terhadap kamera filem meningkat mendadak selari dengan kepopularan gaya hidup hipster. Golongan hipster percaya dengan sengaja menggunakan teknologi retro dan kamera buatan Lomography mula menggantikan kamera digital. Bagi mereka yang masih meminati kamera analog filem, LomoMod No.1 telah dilancarkan lengkap dengan tubuh yang diperbuat daripada kadbod.

Kamera yang menggunakan filem 120mm ini perlu dipasang sendiri oleh pengguna. Kesemua bahagian kadbod telah diprapotong dengan laser. Selepas dipasang pengguna kemudian boleh mengisi pelbagai jenis cecair ke dalam lensa 80mm yang diperbuat daripada plastik. Kamera ini tidak memerlukan bateri untuk beroperasi. Mekanisme bukaan yang disertakan menyokong.

Pelbagai gambar artistik boleh dihasilkan menggunakan LomoMod No.1. Ia akan mula dijual November ini pada harga $59 (~RM247) sebuah,


TIPS & ULASAN