Cari @ Amanz

Vivo iQoo Neo telah dilancarkan pada bulan Julai yang lalu. Walaupun ia masih lagi baru dilancarkan di pasaran Malaysia, model kemas kini Vivo iQoo Neo telahpun dilancarkan di China hari ini. Perbezaan hanya dilakukan pada pemproses yang digantikan dengan cip Snapdragon 855.

Peranti dilengkapi skrin 6.38″ SAMOLED FHD+, cip Snapdragon 855, memori sehingga 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 12+8+2 Megapixel, kamera swafoto 16-Megapixel dan bateri sebesar 4500 mAh. Bateri ini menyokong pengecasan pantas 33W yang lebih pantas berbanding hanya 22.5W pada model terdahulu.

Bagi mengekalkan prestasi ketika menjalan permua, sistem penyejukan dengan cecair digunakan. Sungguhpun ia dilancarkan pada bulan Oktober, peranti masih lagi menggunakan Android Pie dengan pelancar Funtouch 9.

Di China Vivo iQoo Neo dijual pada harga di antara RMB1998 (~RM1183) hingga RMB2698 (~RM1598) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd