Crucial X8 Diperkenalkan – Storan SSD Mudah-Alih Tahan Lasak Untuk Jurugambar Luar Profesional

Crucial X8 Diperkenalkan – Storan SSD Mudah-Alih Tahan Lasak Untuk Jurugambar Luar Profesional

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

Jika anda seorang jurugambar yang selalu perlu bertugas diluar, dan memerlukan peranti storan yang padat, pantas dan masih mempunyai jumlah storan yang cukup banyak, Crucial baru sahaja mengumumkan peranti storan SSD luaran mereka, Crucial X8.

Rangka storan Crucial X8 ini diperbuat daripada aluminum yang kemudiannya dilitupi dengan “kulit” yang diperbuat daripada getah. Gabungan ini membuatkan SSD ini sangat tahan lasak, dan boleh tahan jatuh dari ketinggian sekitar dua meter.

Crucial X8 juga hadir dengan pilihan storan 500GB dan 1TB, dan dengan pilihan kabel USB Type-A dan Type-C, SSD ini boleh digunakan dengan pelbagai jenis peranti, termasuklah komputer berdasarkan sistem operasi Windows, MacOS, peranti Android dan juga iPad.

Buat masa ini, SSD Crucial X8 ini akan tiba untuk pasaran Amerika pada harga $120 (~RM500) untuk model 500GB dan $175 (RM795) untuk model 1TB. Ia masih tidak diketahui lagi jika peranti ini akan memasuki pasaran tempatan di masa akan datang.


TIPS & ULASAN