Facebook hari ini telah melancarkan sebuah halaman tab khas, dinamakan sebagai Facebook News. Melaluinya, ia menjadi halaman hab setempat untuk rujukan pelbagai berita-berita terkini dari pelbagai penerbit.
Melalui Facebook News, pengguna diberikan pilihan untuk memilih berita daripada kategori apa yang mereka inginkan – dan seterusnya mengikuti kemaskini dengan mudah melalui halaman tab berkenaan.
Dengan penawaran ini, ia sekaligus menjadikan Facebook sebagai halaman setempat untuk pelbagai perkara – bukan sahaja untuk memudahkan mengikuti kemaskini daripada rakan-rakan, tetapi juga kemaskini berkaitan dunia semasa disekeliling kita.
Buat masa ini, penawaran ini hanya terhad di Amerika Syarikat sahaja. Tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan membawa penawaran sama ke negara-negara lain.