ARM Akan Terus Menawarkan Teknologi Cip Mereka Kepada Huawei

ARM Akan Terus Menawarkan Teknologi Cip Mereka Kepada Huawei

Diterbitkan pada Okt 25, 2019 oleh .

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan Huawei telah membuatkan sejumlah syarikat teknologi di negara berkenaan tidak boleh menawarkan teknologi mereka kepada Huawei. Sebelum ini, perkara ini adalah turut melibatkan ARM yang membangunkan rekaan teknologi cip yang digunakan oleh Huawei pada cip keluaran HiSilicon dibawah mereka.

Kini, ARM telah mengeluarkan kenyataan, yang mana masalah berkenaan tidak lagi timbul. Menurut ARM, rekaan teknologi ARM v8 dan v9 adalah berasal daripada UK, dan tidak tertakluk kepada halangan perdagangan Amerika Syarikat. ARM turut mengatakan yang mana mereka akan terus menawarkan sokongan untuk HiSilicon bagi rekaan ARM v8-A kerana ia berasal daripada UK.

Sebelum ini, Huawei turut telah memperkenalkan cip terbaru mereka dinamakan Kirin 990 yang mana digunakan pada telefon pintar Huawei Mate 30 terbaru. Dengan pengumuman ini, kita mungkin akan terus melihat penawaran cip berkuasa daripada Huawei pada peranti-peranti akan datang mereka tanpa sebarang masalah.


TIPS & ULASAN