7-Eleven merupakan salah satu kedai serbaneka yang popular di Malaysia, dan mempunyai cawangan di semua negeri. Terbaru, dalam usaha memudahkan lagi pengguna membuat pembayaran ketika pembelian, 7-Eleven telah bekerjasama dengan pihak Touch ’n Go, dan menerima pembayaran menggunakan Touch ’n Go eWallet.
Dengan penawaran sokongan ini, pengguna boleh menggunakan dompet digital TnG mereka untuk membuat pembayaran dengan lebih mudah – sekaligus mempopularkan lagi gaya hidup nirtunai yang semakin popular akhir-akhir ini.
Selain 7-Eleven, sejumlah kedai lain turut telah menerima pembayaran melalui dompet digital TnG, termasuk di panggung wayang TGV, sejumlah kedai-kedai popular, dan juga di kedai minuman seperti TeaLive.
Bagi anda sendiri, apakah dompet digital pilihan anda?