Carian
Huawei Kini Membuka Pra-Tempahan Mate 30 Dan Mate 30 Pro Untuk Semua – Menggunakan Konsep “Rujukan”
October 26, 2019 Aman

Huawei Malaysia sebelum ini telah hanya menawarkan Mate 30 dan Mate 30 Pro kepada segelintir pengguna dan peminat tegar siri Mate sahaja, dimana beberapa keperluan telah ditetapkan sebelum pengguna boleh mendapatkannya. Bermula semalam, pengguna yang membuat pra-tempahan telah mula menerima set telefon pintar mereka, dan kini Huawei Malaysia turut hadir dengan sebuah lagi bentuk promosi pemasaran baru.

Bermula hari ini sehingga 7 November kelak, Huawei melancarkan “Program Rujukan”, dimana pembeli peranti Mate 30 sedia ada boleh mendapatkan kod khusus dan memberikan kepada rakan-rakan lain yang ingin membeli peranti berkenaan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna yang berminat mendapatkan Mate 30 dan Mate 30 Pro – walaupun tidak mempunyai sebarang telefon dibawah siri Mate sebelum ini. Pengguna juga turut boleh menggunakan kod “33995” yang dikongsikan oleh pihak Huawei Malaysia untuk membuat pra-tempahan ini.

Bersama-sama dengan pengumuman baru ini, pihak Huawei Malaysia turut mengatakan mereka menyediakan talian bantuan rasmi 1-800-22-0086 untuk pembeli Mate 30 atau Mate 30 Pro.

Disamping itu, sebuah WhatsApp Group turut disediakan untuk para pembeli Mate 30 dan Mate 30 Pro dalam usaha memudahkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain, selain turut berkongsi tips berkaitan dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman khusus yang disediakan Huawei Malaysia hari ini, dan membuat pra-tempahan untuk telefon pintar Mate 30 atau Mate 30 Pro yang ditawarkan pada harga bermula RM2799.

Huawei Mate 30 Referral

Komen