Google Kini Memudahkan Anda Membuat Temujanji Google Calendar Baru Pada Pelayar Web

Google Kini Memudahkan Anda Membuat Temujanji Google Calendar Baru Pada Pelayar Web

Diterbitkan pada Okt 26, 2019 oleh .

Google sebelum ini telah memudahkan sejumlah perkara melalui penggunaan ringkasan domain dengan akhiran .new. Terbaru, mereka juga turut hadir dengan sebuah domain khas, iaitu cal.new bagi memudahkan penghasilan temujanji pada Google Calendar.

Cal.New

Kini, pengguna hanya perlu menaip domain cal.new pada pelayar web mereka, dan ia akan membawa pengguna terus ke halaman membuat temujanji Google Calendar baru – sekaligus menjimatkan pengguna daripada perlu klik beberapa butang seperti kebiasaan.

Bagi anda yang kerap menggunakan Google Calendar, mungkin boleh mencuba ringkasan URL cal.new ini hari ini pada pelayar web anda.


TIPS & ULASAN