Cari @ Amanz

Huawei mempunyai siri Nova yang lebih memfokuskan kepada rakaman gambar dan swafoto melaluinya. Selepas pengenalan Nova 5 beberapa bulan lepas, kini pengeluar dari China berkenaan dalam perancangan untuk memperkenalkan Nova 6 tidak lama lagi.

Huawei dijangka memperkenalkan Nova 6 ini sekitar bulan Disember kelak, dan ia dijangka akan menjadi peranti dibawah siri Nova yang terawal menyertakan sokongan rangkaian 5G.

Huawei Nova 6

Selari dengannya, kini 91Mobiles turut berkongsi beberapa gambar pengolokkan telefon pintar berkenaan.

Huawei Nova 6 5G ini dilihat menyertakan rekaan skrin berlubang pada bahagian hadapan – dan menariknya ia kini menyertakan dwi-kamera swafoto yang diposisikan pada bahagian kiri peranti.

Pada bahagian belakang pula, Huawei Nova 6 5G menyertakan tiga kamera dan berkemungkinan bersama-sama sebuah kamera ToF. Pengimbas cap jari berkemungkinan disertakan pada skrin seperti beberapa peranti lain pada hari ini.

Seperti biasa, buat masa ini, ia hanya spekulasi dan desas-desus awal sahaja. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti terbaru Huawei ini dalam masa beberapa bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd