Cari @ Amanz

Oppo telah melancarkan Oppo F11 Pro secara rasminya di Malaysia pada Mac lepas, dan sejak daripada itu, mereka telah mengemaskini harga jualan Oppo F11 Pro beberapa kali. Hari ini, Oppo Malaysia sekali lagi mengemaskini harga jualan peranti berkenaan, dan ia kini dijual pada harga RM999.

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin 6.53-inci LTPS LCD, dijana cip Helio P70, memori 6GB RAM dan storan 64GB. Ia hadir dengan bateri 4000mAh yang boleh dicas menggunakan sokongan VOOC 3.0.

Melengkapkan ia juga adalah dwi-kamera belakang gabungan 48MP + 5MP, selain kamera swafoto 16-megapixel pop-naik.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Oppo F11 Pro pada harga baru ini bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd