Carian
Menggunakan iPhone 5? Kemaskini Telefon Anda Untuk Terus Menggunakannya
October 27, 2019 Aman

Apple telah melancarkan iPhone 5 pada 2012 yang lepas, dan kini ia telah berusia 7 tahun lamanya sejak diperkenalkan. Walaupun telah berusia, masih ramai yang menggunakannya sehingga kini.

Selari dengannya, Apple kini telah mengeluarkan notifikasi, meminta pengguna untuk mengemaskini iPhone 5 mereka kepada iOS 10.3.4 untuk terus kekal menggunakannya.

Apple mengatakan pengguna perlu mengemaskini iPhone 5 kepada iOS 10.3.4 sebelum 3 November untuk terus menggunakan App Store, iCloud, emel, web dan perkhidmatan lain.

Sekiranya tidak dikemaskini sebelum tarikh berkenaan, pengguna perlu melakukan naik-taraf secara manual melalui komputer – kerana kemaskini automatik dan iCloud Backup tidak akan berfungsi selepas 3 November 2019 kelak.

Bagi anda yang menggunakan iPhone 5, anda diminta ke aplikasi Settings, memilih General > About dan seterusnya melihat kepada Software Version peranti anda. Pastikan ia adalah 10.3.4 atau naik-taraf kepada versi berkenaan secepat mungkin.

Komen