Nyahpasang 17 Aplikasi Iklan Hasad Ini Pada Peranti iOS Anda Dengan Segera

Nyahpasang 17 Aplikasi Iklan Hasad Ini Pada Peranti iOS Anda Dengan Segera

Diterbitkan pada Okt 27, 2019 oleh .

Peranti pintar tidak bermakna tanpa aplikasi yang membolehkan pelbagai perkara dilakukan. Tetapi malang sekali tidak semua aplikasi yang dimuat turun dari stor rasmi sebenarnya selamat untuk digunakan. Menurut firma sekuriti peranti mudah alih Wandera, 17 aplikasi yang ditawarkan di Apple App Store sebenarnya adalah aplikasi iklan hasad (clickware) yang perlu dinyahpasang dengan segera.

Aplikasi iklan hasad melakukan klik pengiklanan di dalam aplikasi tanpa disedari oleh pengguna bagi menjadi pendapatan kepada pembangun. Ia juga didapati digunakan untuk mensabotaj pesaing dengan mengklik iklan sehingga mereka tidak mampu membayar wang pengiklanan. Ini akan memakan data selular pengguna dan adalah melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh Google.

Pihak App Store telah membuang kesemua aplikasi ini selepas diberitahu oleh pihak Wandera. Jika anda pernah memuat turun aplikasi di bawah pada peranti iOS, sila lakukan proses nyahpasang pada kadar segera,

  1. Around Me Place Finder
  2. BMI Calculator – BMR Calc
  3. CrickOne – Live Cricket Scores
  4. Daily Fitness – Yoga Poses
  5. Dual Accounts
  6. Easy Contacts Backup Manager
  7. EMI Calculator & Loan Planner
  8. File Manager – Documents
  9. FM Radio – Internet Radio
  10. Islamic World – Qibla
  11. My Train Info – IRCTC & PNR
  12. Ramadan Times 2019
  13. Restaurant Finder – Find Food
  14. RTO Vehicle Information
  15. Smart GPS Speedometer
  16. Smart Video Compressor
  17. Video Editor – Mute Video

TIPS & ULASAN