Sony Dilaporkan Ingin Menjual Perkhidmatan Penstriman PlayStation Vue

Sony Dilaporkan Ingin Menjual Perkhidmatan Penstriman PlayStation Vue

Diterbitkan pada Okt 28, 2019 oleh .

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Sony mempunyai perkhidmatan penstriman mereka sendiri iaitu PlayStation Vue sejak 2015. Ia boleh diakses oleh pengguna di Amerika Utara sahaja menerusi konsol PlayStation 3, PlayStation 4, dan juga pelayar web. Dengan semakin banyak perkhidmatan penstriman di pasaran, Sony kini dilaporkan sedang dalam proses menjual PlayStation Vue.

Perbincangan awal telah dilakukan dengan fuboTV tetapi pada waktu ini Sony belum mengeluarkan kenyataan mengenai laporan ini. PlayStation Vue mempunyai sekitar 500,000 pelanggan sahaja pada waktu ini. Jauh di belakang pesaingnya seperti Hulu Live TV dan Sling TV. Tidak seperti Netflix, PlayStation Vue adalah alternatif kepada langganan TV satelit degan akses kepada perkhidmatan seperti HBO.


TIPS & ULASAN