CIMB Melancarkan Aplikasi Be$mart – Mendidik Pengurusan Dan Perancangan Kewangan

CIMB Melancarkan Aplikasi Be$mart – Mendidik Pengurusan Dan Perancangan Kewangan

Diterbitkan pada Okt 28, 2019 oleh .

Pengurusan dan perancangan kewangan kini telah menjadi salah satu topik utama yang menjadi fokus ramai pihak. CIMB turut tidak ketinggalan, dan kini melalui CIMB Foundation, mereka telah melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai Be$mart.

Melalui aplikasi berkenaan, ia mendidik pengguna berkenaan dengan pengurusan dan perancangan kewangan. Pengguna boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk mencatatkan pelbagai perbelanjaan, sekaligus melihat kepada kaedah penggunaan wang mereka – dan mula menukar bentuk perbelanjaan untuk lebih berjimat.

CIMB Be$MART

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS. Semua pengguna boleh menggunakannya – dan tiada sebarang pendaftaran yang diperlukan. Antaramuka yang ditawarkan juga agak kemas berbanding beberapa aplikasi pengurusan kewangan lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi ini – sekaligus menguruskan perbelanjaan anda dengan lebih baik lagi.

Muat-Turun Be$mart untuk Android

Muat-Turun Be$mart untuk iPhone


TIPS & ULASAN