Cari @ Amanz

Desas-desus berkaitan Google berminat mendapatkan Fitbit telah diperkatakan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Terbaru, menurut Reuters, ia dikatakan syarikat disebalikn Google, iaitu Alphabet telah pun membuat penawaran untuk mengambil-alih Fitbit.

Walaubagaimanapun, harga penawaran tidak dikongsikan buat masa ini. Ia juga tidak diketahui lagi sama ada penawaran daripada Alphabet ini akan dibawa untuk perbincangan lanjut ataupun sebaliknya.

Google sedia mempunyai pegangan dalam sejumlah pasaran, termasuk peranti mudah-alih, televisyen, peranti berhubung, komputer dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pegangan mereka dalam arena peranti boleh-pakai dan jam tangan pintar masih jauh ketinggalan. Malah, pembangunan wearOS juga boleh dikatakan “suam-suam kuku” sahaja buat masa ini.

Pihak Google dan Fitbit tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan Reuters ini untuk masa sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd