Apple Mengumumkan AirPods Pro Dengan Pembatalan Bunyi Hingar – Berharga RM1099

Apple Mengumumkan AirPods Pro Dengan Pembatalan Bunyi Hingar – Berharga RM1099

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

Apple hari ini membuat kejutan, dan telah pun memperkenalkan penawaran fon telinga terbaru mereka, iaitu AirPods Pro.

Apple AirPods Pro hadir dengan rekaan yang dikemaskini, dan menariknya ia menawarkan sokongan pembatalan bunyi hingar aktif bersama dengannya. Apple mengatakan ia menggunakan dua mikrofon dalam usaha menawarkan pengalaman audio yang baik kepada pengguna, dan mengadaptasi kepada seseorang individu dengan baik.

Apple AirPods Pro

AirPods Pro turut menggunakan cip H1 yang direka oleh Apple, dan mengatakan ia mampu menawarkan masa mendengar sehingga 4.5 jam, atau masa bercakap sehingga 3.5 jam. Seperti biasa, untuk pengecasan, ia menggunakan bekas pengecas khusus, sekaligus menawarkan masa penggunaan tambahan untuk pengguna. Sokongan lain seperti kawalan Siri dan sebagainya turut dibawakan oleh fon telinga nirwayar ini.

Di Malaysia, AirPods Pro ini akan ditawarkan pada harga RM1099.


TIPS & ULASAN