Cari @ Amanz

Google Camera adalah aplikasi kamera terbina pada semua peranti Pixel. Ia hadir dengan banyak fungsi menarik yang terhad kepada Pixel sahaja. Contohnya fungsi Astrofotografi dan Super Res Zoom pada Pixel 4, Pixel lain tidak akan dapat fungsi ini. Jadi, pembangun-pembangun bebas akan bangunkan GCam – iaitu aplikasi Google Camera yang telah diubahsuai yang mengaktifkan fungsi-fungsi terhad. Melalui GCam ini, pengguna boleh pasang pada peranti Pixel lain atau juga peranti Android yang lain.

Terkini pembangun GCam terkenal, cstark27 telah hadir dengan Gcam 7.2 yang mengaktifkan fungsi Astrofotografi dan Super Res Zoom Pixel 4 – agar boleh digunakan pada peranti Pixel lain. Apa yang menarik dengan GCam ini adalah, jarak fokus juga telah dibaiki – yang mana ia lebih jauh berbanding dengan Google Camera 7.2 asal yang kelihatan sedikit seakan dicrop. Disebabkan fokus yang telah diperbaharui, ia mampu mengambil gambar zum jarak jauh yang jelas can boleh diterima.

Sudah tentu. mod Astrofotografi juga diaktifkan. Pengguna perlu pastikan peranti stabil dan seimbang (gunakan tripod), halakan kamera pada langit di waktu malam, pilih fungsi Night Sight, kemudian pastikan tetapan fokus adalah infinity dan terus ambil gambar. Sebenarnya mod Astrofotografi ini hanya mengambil gambar dengan Night Sight dan long exposure sahaja. Akhir sekali adalah fungsi Photobooth pada kamera swafoto yang turut diaktifkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd