Xiaomi Mi Note 10 Bakal Turut Diperkenalkan Dengan Kamera 108MP

Xiaomi Mi Note 10 Bakal Turut Diperkenalkan Dengan Kamera 108MP

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

Xiaomi kini turut telah hadir dengan sebuah lagi gambar acah, memperlihatkan mereka bakal memperkenalkan Mi Note 10 secara rasminya tidak lama lagi dengan kamera utama menggunakan sensor 108-megapixel.

Mi Note 10

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Mi Note 10 ini akan berkait dengan Mi CC9 Pro ataupun sebaliknya. Ia juga agak mengejutkan untuk melihat Xiaomi terus melompat ke angka “10” untuk siri Mi Note – memandangkan sebelum ini model yang diperkenalkan dibawah siri berkenaan adalah Mi Note 2.

Xiaomi turut mengatakan Mi Note 10 akan menggunakan lima kamera pada bahagian belakangnya.

Info penuh berkenaan dengan peranti ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN