Pixel 4 Menghadapi Masalah ‘White Balance’ Pada Kamera Yang Memberikan Hasil Yang Sangat Teruk

Pixel 4 Menghadapi Masalah ‘White Balance’ Pada Kamera Yang Memberikan Hasil Yang Sangat Teruk

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

Semalam kami laporkan yang terdapat empat aplikasi tidak menyokong skrin 90Hz pada Google Pixle 4. Ia dihadkan kerana masalah kestabilan dan prestasi aplikasi berfungsi dan juga bagi menjimatkan bateri peranti. Hari ini, terdapat masalah lain pula yang dilaporkan – iaitu White Balance yang tidak seimbang. Pixel 4 menggunakan white balance berasaskan pembelajaran mesin yang sepatutnya menjadikan hasil gambar nampak lebih realistik dan semula jadi di dalam keadaan cahaya yang teruk.

Pada Pixel 4, pembelajaran mesin white balance dilihat seakan tidak berfungsi atau terlampau agresif sehingga warna asal gambar telah berubah menjadi pelik. Contoh gambar langsir pentas teater di atas ini, menurut sumber ia sepatutnya berwarna merah – tetapi berubah menjadi warna seakan merah jambu pudar. Kemudian sampel lain, ruang tamu ini sepatutnya berwarna merah (sumber menggunakan mentol Philips Hue) – tetapi hasilnya menjadi kekuningan.

Selain itu, sumber turut menekankan yang masalah ini turut akan berlaku pada Pixel 3, cuma ia terhad jika menggunakan Night Sight sahaja. Adakah anda pengguna Pixel 3 atau Pixel 4? Jika ya, adakah masalah ini berlaku pada anda?


TIPS & ULASAN