Cari @ Amanz

OnePlus sejak OnePlus One lagi hadir dengan beberapa pilihan kerangka pelindung. Semasa zaman OnePlus One, kerangka pelindung jenis plastik keras menjadi trend, kemudian OnePlus 2 mula memperkenalkan beberapa kerangka dengan pilihan kemasan Karbon atau Sandstone, OnePlus 3 pula mula hadir dengan kerangka jenis Bumper dan akhir sekali OnePlus 6 mereka hadir dengan kerangka silikon berwarna merah.

Sudah empat tahun rekaan kerangka pelindung OnePlus lebih kurang sama dan tiada pilihan lain. Kini telah tertiris, dua kerangka baharu jenis kusyen. Melihat pada rekaan ini, ia berkemungkinan adalah seakan kerangka tahan lasak yang premium yang tebal dan mempunyai corak di bahagian dalam untuk menyerap hentakan. Nama kerangka ini adalah Cushion Bumper Case dan menawarkan warna kelabu dan biru agar padan dengan peranti OnePlus 7T yang berwarna Frosted Silver atau Glacier Blue. Harga jualan dilaporkan adalah $30, iaitu sekitar RM125.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd