Jika anda masih sedang mengumpul duit untuk membina sebuah komputer gaming yang berkuasa, Intel baru sahaja mengumumkan model CPU terbaru mereka yang dibina berdasarkan CPU pengguna mereka yang paling berkuasa, iaitu Intel Core i9-9900KS.
CPU ini, yang diumumkan beberapa bulan lalu, hadir dengan lapan teras fizikal dan 16 bebenang kuasa, dan mempunyai kelajuan asas 4.0GHz yang boleh dilewahjam sehingga 5.0GHz pada semua teras. Bagi mereka yang sudahpun mempunyai komputer yang menggunakan papan induk dengan cipset Intel Z930.
Dari segi ciri-ciri lain, ia juga mempunyai 40 lorong PCIe 3.0 yang membolehkan pengguna untuk menggabungkan komponen-komponen PCIe yang cukup banyak, seperti dua kad grafik dan storan SSD NVMe PCIe tanpa perlu risau mengenai kesesakan kelajuan penghantaran data.
Menurut Intel, CPU edisi terhad Intel Core i9-9900KS ini akan tiba di pasaran dunia pada 30 Oktober kelak, dan akan dijual pada harga $513 (~RM2050).