NVIDIA Shield TV Dan Shield TV Pro Dilancarkan Dengan Sokongan 4K HDR Dolby Vision

Diterbitkan pada Okt 29, 2019. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Model kemas kini untuk NVIDIA Shield telah dilancarkan minggu ini. NVIDIA Shield TV dan Shield TV Pro kedua-duanya menggunakan sistem operasi Android TV serta kebolehan menyokong perkhidmatan penstriman permainan video GeForce NOW.

NVIDIA Shield TV dilengkapi cip Tegra X+, memori sebesar 2GB RAM, dan storan sebesar 8GB. NVIDIA Shield TV Pro pula dilengkapi cip Tegra X+, memori sebesar 3GB RAM, dan storan sebesar 16GB. Kedua-duanya boleh memaparkan kandungan HDR dalam format Dolby Vision atau HDR10. Sokongan audio pula adalah dalam format Dolby Atmos. Perbezaan fizikal paling ketara di antara kedua-dua model ialah saiz yang lebih besar serta dua port USB pada Shield TV Pro.

NVIDIA Shield TV dijual pada harga $150 (~RM627) sebuah manakala Shield TV Pro pula pada harga $199 (~RM832).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami