Touch ’n Go sedia memperluaskan penggunaan dompet digital mereka sedikit demi sedikit, dan terbaru hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan pihak Lazada Malaysia. Melalui kerjasama ini, pengguna boleh membuat pembayaran pembelian barangan di Lazada menggunakan dompet digital Touch ’n Go.
Dengan integrasi ini, ia sekaligus memudahkan lagi para pengguna untuk membuat pembayaran – apatah lagi dengan jualan 11.11 yang bakal menjelang tiba yang biasanya membuatkan sistem pembayaran agak sesak dan lambat untuk beroperasi.
Bersempena dengan pelancaran sokongan ini juga, Touch n Go menawarkan diskaun RM5 dengan pembelian minimum RM50 dari 29 Oktober sehingga 31 Oktober 2019 ini – terhad kepada 3000 transaksi.