Vivo Melancarkan Dua Power Bank Pengecasan Pantas 22.5W & 18W – Harga Bermula Sekitar RM94

Vivo Melancarkan Dua Power Bank Pengecasan Pantas 22.5W & 18W – Harga Bermula Sekitar RM94

Diterbitkan pada Okt 29, 2019 oleh .

Vivo baru-baru ini telah melancarkan Vivo NEX 3 5G di Malaysia dan dijual pada harga RM3,899. Vivo juga seperti mana-mana syarikat China lain, yang mana turut hadir dengan aksesori tersendiri seperti aksesori audio dan kerangka. Terkini di China, Vivo telah melancarkan dua power bank baharu yang menyokong pengecasan pantas 22.5W dan 18W.

Power bank pertama adalah Vivo Two-Way Flash Charging Power Bank yang mempunyai kapasiti bateri 10,000mAh. Ia mempunyai kuasa 22.5W, hadir dengan port USB-A, USB-C dan microUSB. Power bank ini juga mempunyai cip mengawal suhu terbina, agar semasa mengecas peranti dan mengecas power bank ini sendiri – ia tidak akan memanas. Harga jualan adalah 229 Yuan, iaitu sekitar RM136.

Kedua juga adalah Vivo Two-Way Flash Charging Power Bank. Tetapi kuasanya hanya terhad kepada 18W dan mempunyai perlindungan keselamatan. Port pula hanyalah terhad kepada 2x USB-A dan 1x microUSB. Harga jualan pula adalah 159 Yuan, iaitu sekitar RM94.


TIPS & ULASAN