Cari @ Amanz

Sebagai nama besar dalam dunia dron, DJI menghasilkan dron dalam pelbagai saiz. Dron terkini mereka DJI Mavic Mini telah tertiris awal selepas disenaraikan di sebuah laman edagang di Kanada. Mavic Mini ini hanya sebesar telapak tangan apabila dilipat.

Dron ni adalah dari jenis quadrotor dengan empat kaki yang boleh dilipat. Kamera terbina pada bahagian hadapan dipasang pada gimbal tiga paksi untuk memberikan penstabilan yang baik ketika merakam pada resolusi maksimum 2.7K. Tetapi ia boleh menstrim video HD sehingga jarak 4 kilometer. Dengan sekali caj Mavic Mini boleh terbang sehingga 30 minit. Dron ini akan dilancarkan pada 30 November dan dijual pada harga CAD 646 (~RM2071) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd