Cari @ Amanz

Realme XT telah dilancarkan di Malaysia pagi ini. Peranti kelas pertengahan ini dilengkapi skrin 6.4-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 712, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 20W VOOC Flash Charge 3.0.

Realme XT

Untuk rakaman gambar, Realme XT hadir dengan kamera utama 64-megapixel, dan menggunakan empat-kamera pada bahagian belakang. Ia turut menyertakan gabungan 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (depth), selain kamera swafoto 16-megapixel bersama-sama dengannya. Sistem operasi yang digunakan pula ialah ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie.

Di Malaysia peranti ini ditawarkan pada harga RM1399 dalam warna Pearl Blue dan Pearl White bermula 11 November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd