Carian
Klon AirPods Pro Sudah Mula Dihasilkan
October 30, 2019 Fahim Zahar

Baru sahaja semalam Apple mengumumkan Apple AirPods Pro, iaitu variasi “Pro” mereka untuk AirPods. Ia dijual pada harga RM1099, hadir dengan rekaan lebih “pendek”, menggunakan fon jenis dalam telinga dan menyokong pembatalan hingar aktif. Ya, benar harganya agak mahal – tetapi itulah Apple.

Hanya baru sehari Apple mengumumkan produk ini, versi klon sudah mula dihasilkan. Buat masa ini tiada lagi nama dan ia masih lagi dalam pembangunan. Daripada imej yang tertiris, ia kelihatan sama 100% dengan Apple AirPods Pro. Cuma menjadi persoalan, adakah ia akan menyokong pembatalan hingar aktif dan berapa pula harganya? Cip H1 atau W1 sudah pasti mereka boleh tiru, kerana banyak versi klon di luar sana yang hadir dengan cip ini.

Apa-apa pun, ini adalah perkara biasa – barang Apple diklonkan oleh pengeluar dari China. Adakah anda akan membeli versi klon dan tunjuk lagak seakan anda mampu beli produk Apple? Atau jujur sahaja, terus beli yang asli?

Komen