Cari @ Amanz

Hari ini Realme Malaysia telah melancarkan Realme XT secara rasmi. Selain itu, Realme juga turut melancarkan Realme 5 3/32GB dengan harga diskaun iaitu RM499. Jika itu tidak cukup, Realme Malaysia turut menawarkan tiga aksesori baharu dengan harga mampu milik.

Aksesori pertama adalah Realme Power Bank yang dijual pada harga hanya RM129. Power bank ini hadir dengan kapasiti 10,000mAh, sokongan pengecasan pantas 18W, hadir dengan port USB-C dan USB-A dan juga butang kuasa serta lampu indikasi LED.

Kemudian adalah Realme Buds 2 yang berharga hanya RM39. Ia adalah set fon telinga berwayar mampu milik dengan pemacu audio 11.2mm, bass yang lebih dalam, magnet terbina dan juga rekaan mesra pengguna agar ia tidak mudah terbelit. Realme Buds 2 ini adalah set fon telinga klasik yang masih menggunakan bicu 3.5mm.

Akhir sekali adalah Realme Buds Wireless, iaitu set fon telinga nirwayar jenis neckband yang berharga hanya RM149. Ia adalah aksesori audio Realme yang paling premium dan ia adalah produk dengan kolabprasi bersama Alan Walker. Rekaan yang minimalis, pemacu audio 11.2mm, Bluetooth 5.0 dan juga magnet terbina.

Kesemua produk ini boleh dibeli secara atas talian, seperti di Shopee melalui stor rasmi mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd