Cari @ Amanz

Sarawak Pay merupakan salah satu perkhidmatan pembayaran mudah-alih yang disokong oleh kerajaan negeri Sarawak. Melaluinya, pengguna boleh melakukan pelbagai pembayaran dengan mudah terus melalui skrin telefon pintar mereka.

Terbaru, ia dikongsikan yang mana Sarawak Pay bakal dijenamakan semula kepada S Pay. Penjenamaan semula ini adalah selari dengan sasaran untuk menjadikan aplikasi berkenaan untuk digunakan pada peringkat global.

Sarawak Pay

Untuk menjayakannya lagi, mereka akan bekerjasama dengan platform UnionPay – sekaligus membolehkan pengguna Sarawak Pay untuk menggunakan medium pembayaran berkenaan di semua negara-negara yang menerima UnionPay.

Langkah ini boleh dikatakan salah satu langkah positif – sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan nirtunai berkenaan. Buat masa ini, Sarawak Pay mempunyai lebih 100,000 pengguna berdaftar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd