Carian
Video Instagram Dan Snapchat Yang Dirakam Menggunakan Pixel 4 Mempunyai Masalah Gangguan Audio
October 30, 2019 Fahim Zahar

Hari demi hari, semakin banyak masalah muncul pada Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL. Semalam masalah kamera yang mana white balance terus tidak seimbang dan menjadikan gambar yang sepatutnya berwarna merah kepada warna lain. Hari ini, masalah lain pula muncul melalui rakaman video. Masalah ini adalah bunyi “klik” tanpa henti dan hanya berlaku apabila video dirakam menggunakan Instagram atau Snapchat.

Sampel video di atas dirakam oleh Android Police, yang mana aplikasi Google Camera tidak mempunyai sebarang masalah. Akan tetapi Instagram mempunyai hasil audio bising dan berklik tanpa henti. Masalah ini mungkin berkait dengan Visual Core atau perisian sahaja, harapnya Google akan hadir dengan kemas kini serta merta.

Komen