Essential Mempatenkan Peranti Dengan Kamera Bawah Skrin

Essential Mempatenkan Peranti Dengan Kamera Bawah Skrin

Diterbitkan pada Okt 30, 2019 oleh .

Awal bulan ini, Andy Rubin dan Essential telah memperlihatkan peranti baharu mereka “GEM”. Ia juga berkemungkinan besar adalah Essential Phone 2 dan ia mempunyai skrin dan bentuk memanjang yang amat janggal. Ia juga berbeza dengan paten sebelum ini, yang sepatutnya adalah peranti dengan kamera pop-naik.

Terkini, Lets Go Digital melaporkan yang Essential telah mempatenkan peranti dengan kamera bawah skrin. Peranti seakan ini telah pun diperlihatkan oleh Oppo dan Xiaomi sebelum ini. Essential juga sebelum ini telah mempatenkan rekaan yang lebih kurang sama pada bulan Februari lalu. Berdasarkan butiran paten yang didaftarkan pada bulan Jun dan diterbitkan pada 19 Oktober baru-baru ini, ia menggunakan teknologi seakan Oppo. Sensor kamera akan diletakkan di bawah satu lapisan lutsinar yang berkemungkinan lapisan OLED lain dan ia hanya akan menjadi lutsinar apabila kamera diaktifkan dan akan kembali tersembunyi apabila kamera tidak digunakan.

Tidak pasti sejauh manakah pembangunan peranti Essential ini. Disebabkan peranti GEM mereka tidak mempunyai butiran yang banyak, ada kemungkinan peranti GEM ini sudah pun menggunakan teknologi yang dipatenkan ini. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN