Cari @ Amanz

Komputer riba jenama Samsung sudah lama tidak ditawarkan untuk pasaran tempatan. Sungguhpun begitu penjualannya masih diteruskan di beberapa pasaran terpilih. Hari ini komputer riba Samsung Galaxy Book Flex dan Galaxy Book Ion telah diumumkan dengan penggunaan skrin QLED.

Galaxy Book Flex ialah model paling premium ditawarkan dengan skrin 13.3″ atau 15.6″ QLED dengan resolusi FHD. Ia dijana cip Intel Core generasi kesepuluh Ice Lake, pilihan grafik NVIDIA GeForce MX250, memori sehingga 16GB RAM LPDDR4x, storan sehingga 1TB SSD NVMe dan bateri sebesar 69.7 Wh.

Skrin Book Flex boleh diputar 360 darjah untuk digunakan dalam mod tablet lengkap dengan sokongan S Pen. Pilihan I/O pula ialah dua port Thunderbolt 3 USB-C dan pembaca kad mikro SD.

Galaxy Book Ion turut ditawarkan dengan skrin 13.3″ atau 15.6″ QLED dengan resolusi FHD. Ia dijana cip Intel Core generasi kesepuluh Comet Lake, pilihan grafik NVIDIA GeForce MX250, memori sehingga 16GB RAM DDR4, storan sehingga 1TB SSD NVMe dan bateri sebesar 69.7 Wh. Menarik sekali terdapat slot tambahan untuk RAM dan SSD di dalam Ion.

Skrin Book Flex sekadar boleh dibuka sekitar 130 darjah dan tidak menyokong S Pen. Pilihan I/O pula ialah dua port Thunderbolt 3 USB-C dan pembaca kad mikro SD.

Kedua-dua komputer riba dilengkapi pengimbas cap jari untuk keperluan sekuriti biometri dan juga sokongan WiFi 6.  Seperkara lagi yang menarik ialah pad sesentuh pada kedua-dua model mempunyai pengecas nirwayar terbina menerusi teknologi PowerShare. Galaxy Book Flex dan Book Ion akan ditawarkan bermula Disember tetapi harga masih belum diumumkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd