Cari @ Amanz

Sekiranya anda adalah tergolong di kalangan ibu bapa, anda pasti tahu anak-anak amat menggemari muzik sejak dari kecil. Kami sendiri secara peribadi harus akur dengan permintaan anak untuk mendengar lagu Let It Go dan Baby Shark bertalu-talu ketika menghantar ke sekolah. Untuk memudahkan penstriman muzik kanak-kanak, Spotify Kids telah diumumkan hari ini.

Spotify Kids adalah aplikasi khusus dengan kandungan muzik yang menyasarkan kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas. Muzik yang distrim telah disaring dengan kandungan yang sesuai dengan umur mereka tanpa sebarang lirik yang meragukan.

Senarai main Ia boleh diakses pengguna yang mempunyai langganan Premium Family. Buat masa ini Spotify Kids masih di peringkat Beta dan diberikan kepada pengguna di Ireland sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd