Google Akan Berhenti Mengindeks Kandungan Flash Pada Enjin Carian Mereka

Google Akan Berhenti Mengindeks Kandungan Flash Pada Enjin Carian Mereka

Diterbitkan pada Okt 31, 2019 oleh .

Kandungan Flash merupakan antara bentuk kandungan yang popular sekitar sedekad yang lepas – dimana ia menawarkan kemudahan untuk berkongsi animasi, selain membolehkan pengguna berinteraksi dalam bentuk permainan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, perkembangan teknologi telah membuatkan Flash tidak digunakan lagi pada masa kini, dan ramai telah beralih kepada kandungan HTML5, dan beberapa alternatif lain.

Beberapa pelayar web juga telah mula mematikan sokongan untuk kandungan Flash ini, dan kini Google turut mengumumkan yang mana mereka akan berhenti mengindeks kandungan Flash pada enjin carian mereka. Ini bermakna, laman-laman dengan kandungan Flash tidak lagi akan diperlihatkan pada enjin carian Google.

Google mengatakan perubahan ini akan dilakukan pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN