Cari @ Amanz

Adobe sedia mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan dalam perisian penyuntingan mereka – sekaligus memudahkan lagi proses penyuntingan sesuatu gambar, dan menjadikan proses berkenaan lebih pantas lagi. Terbaru, mereka turut memperlihatkan integrasi kecerdasan buatan dalam membuat pemilihan objek untuk penyuntingan.

Melalui ciri baru yang dipertontonkan ini, pengguna hanya perlu membuat pilihan untuk objek yang mereka ingin memilih dalam sesuatu gambar – dan kecerdasan buatan akan melakukannya dengan pantas serta merta. Ini sekaligus memudahkan lagi proses, dan tidak perlu melakukannya secara manual yang sering mengambil masa lama.

Adobe buat masa ini sekadar mempertontonkan ciri ini sahaja, dan ia dijangka diperkenalkan pada Adobe Photoshop untuk semua pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd