Samsung Berkongsi Perubahan Yang Dilakukan Pada Pelancar One UI 2

Samsung Berkongsi Perubahan Yang Dilakukan Pada Pelancar One UI 2

Diterbitkan pada Okt 31, 2019 oleh .

Ujian Android 10 Beta pada peranti Samsung baru sahaja dilakukan dua minggu yang lalu pada Galaxy S10 dan Galaxy Note 10. Menerusi ujian Beta ini, peranti turut menerima pelancar terkini mereka One UI 2. Memandangkan hanya sejumlah kecil pengguna telah menerima antaramuka ini, Samsung berkongsi beberapa perubahan yang akan dilakukan.

Pada One UI 2 kelak, elemen antaramuka akan diubah sekali lagi bagi memudahkan proses penggunaan dengan sebelah tangan. Sistem paparan notifikasi turut diperhalusi supaya tidak mengganggu ketika menonton video misalnya. Perubahan paling besar mungkin ialah ikon aplikasi yang kini beranimasi. Warna yang digunakan pada ikon-ikon turut diubah supaya lebih ceria. Ini adalah sebahagian kecil perubahan yang akan diterima menerusi One UI 2 dan Android 10 kelak.


TIPS & ULASAN