Carian
Jet Peribadi G2 Vision Boleh Mendarat Secara Automatik Ketika Kecemasan
October 31, 2019 Effi Saharudin

Kebarangkalian anda terlibat dalam insiden pesawat terhempas adalah lebih rendah berbanding kebarangkalian dipanah petir atau dibaham jerung. Sungguhpun begitu setiap kali kami menaiki pesawat, ketakutan akan kekal wujud lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku kepada MH370. Bagi penumpang jet peribadi Cirrus Aviation G2 Vision, ketakutan ini tidak berlaku kerana ia dilengkapi kemampuan mendarat secara automatik.

Pada ruang kabin penumpang, terdapat butang kecemasan yang boleh ditekan di dalam situasi kecemasan seperti juruterbang mengalami serangan jantung misalnya. Sistem Safe Return Autonomous Autoland (SRAA) yang dibangunkan dengan kerjasama Garmin akan terus mencari lapangan terbang yang paling hampir. Ia kemudian akan mendaratkan pesawat secara automatik.

Sepanjang perjalanan SRAA memberikan maklumat mengenai bilakah ia akan mendarat kepada penumpang, memberikan lokasi mendarat kepada anggota penyelamat dan menyiarkan isyarat kecemasan.

Sekiranya tiada lapangan terbang yang berhampiran dapat dikesan. SRAA akan mengaktifkan sistem payung terjun kecemasan yang membolehkan pendaratan dengan selamat di mana-mana lokasi.

Komen