Cari @ Amanz

Project TeamTrees ialah sebuah projek kolaborasi diantara beberapa nama-nama YouTube yang terbesar dimana mereka sedang mengumpul dana sebanyak $20 juta untuk menanam 20 juta batang pokok di seluruh dunia.

Melalui sebuah kicauan di Twitter, YouTuber teknologi terkemuka Marques Brownlee (MKBHD) dilihat mempromosi projek tersebut, apabila Elon Musk membalas kembali kepadanya bahawa beliau akan menderma sebanyak $1 juta untuk projek tersebut.

Project TeamTrees ini diasaskan oleh MrBeast, seorang YouTuber yang sangat popular dengan gelagat dan sifat dermawan beliau. Apabila MrBeast mendapat 20 juta pengikut di YouTube, beliau dicabar untuk menanam 20 juta pokok di seluruh dunia.

MrBeast ialah seorang yang dikenali untuk cabaran-cabaran seperti ini, dan oleh itu, beliau memulakan Project TeamTrees ini dengan tujuan untuk mengurangkan kadar karbon dioksida didalam atmosfera.

Melalui projek ini, kesemua wang derma yang dikutip sehingga penghujung 2019 akan disalurkan ke Arbor Day Foundation dimana wang tersebut akan digunakan untuk menanam pokok-pokok ini.

Diantara nama-nama besar yang telah menderma kepada projek ini termasuklah Elon Musk, Jack Dorsey dan MrBeast sendiri. YouTube sendiri mengumumkan bahawa mereka akan menderma $1 juta apabila derma $1 juta dibuat melalui platform YouTube.

Jika anda berminat untuk menderma kepada projek ini, anda boleh ke laman web TeamTrees.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd