Cari @ Amanz

Ketika saya masih di sekolah dahulu, jam tangan G-Shock dilihat sebagai simbol status. Hanya anak orang berada mampu memilikinya. Lebih suku abad telah berlalu sejak kami meninggalkan sekolah dan G-Shock mempunyai status sebagai jam tangan yang berkualiti. Baru-baru ini CASIO ROG x G-Shock 2019 Edition Watch telah dilancarkan dengan kerjasama Asus.

Dari namanya anda pasti dapat meneka ia adalah jam tangan yang menyasarkan golongan peminat kental permainan video. Ia sebenarnya sebuah G-Shock GA-100 yang dikemaskini dengan rekaan bertemakan ROG. Ia mempunyai kemampuan tahan hentakan, kalis air sehingga 200 meter, kronograf, penggera, pemasa dan kalendar sehingga tahun 2099.

Hanya 1150 utas CASIO ROG x G-Shock 2019 Edition Watch akan ditawarkan kepada peminat bermula esok. Harga jualan masih belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd