Cari @ Amanz

Telefon pintar dan tablet kini semakin besar dan berat kerana penggunaan bahan binaan logam serta kaca yang lebih premium. Kami yakin di kalangan pembaca Amanz, kerisauan yang paling tinggi ialah peranti retak kerana terjatuh. Malahan di dalam pelbagai ulasan kami menyarankan anda membeli kerangka bagi mengurangkan risiko kerosakan berlaku.

Di Samsung Developer’s Congress, pihak Samsung telah mengumumkan pemenang pertandingan Next Galaxy Designs. Antara rekaan yang menarik perhatian kami ialah Belt. Ia adalah kerangka yang berbentuk seperti seutas tali. Dengan rekaan ini, ia bukan sahaja boleh digunakan sebagai kerangka untuk telefon pintar tetapi juga pada tablet keluaran Samsung. Ia diikat pada tubuh peranti bagi membolehkannya disangkut pada pergelangan tangan.

Belt direka oleh Alexander Rehn dan Tobias Saller. Buat masa ini Belt hanya wujud sebagai konsep tetapi dengan kemenangan ini mungkin ia akan ditawarkan sebagai aksesori sebenar oleh Samsung kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd