Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Watch akan menjadi jam tangan pintar sebenar Xiaomi yang pertama. Kita sudah lihat rekaannya yang amat mirip dengan Apple Watch dan juga beberapa spesifikasi. Antaranya adalah, jam ini akan dijana degan cip Snapdragon Wear 3100, skrin OLED dan sepatutnya harga mampu milik.

 

Terkini, lagi butiran telah tiba di Internet. Jam ini berkemungkinan tidak akan menjalankan WearOS, tetapi sistem operasi tersendiri. Xiaomi menamakannya sebagai “MIUI for Watch”. Bukan itu sahaja, jam ini turut akan mempunyai gedung aplikasi tersendiri yang berkemungkinan adalah Mi Store. Masih tidak pasti jika MIUI for Watch ini adalah berasaskan Android, atau WearOS yang disalin temanya atau juga dibangunkan dengan sendiri sepenuhnya.

Ada juga kemungkinan yang MIUI for Watch adalah untuk pasaran China dan WearOS adalah untuk pasaran global, aoa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Xiaomi tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd