Cari @ Amanz

Bersempena dengan perayaan Thanksgiving yang bakal tiba tahun ini, kebanyakkan laman e-dagang akan menawarkan pelbagai harga promosi untuk Black Friday. Kebiasaannya, jualan besar-besaran ini akan diadakan di negara-negara seperti US, UK, Australia dan Jepun. Untuk pengetahuan anda, Black Friday ini merupakan panggilan untuk hari Jumaat selepas perayaan Thanksgiving yang disambut pada hari Khamis terakhir pada setiap bulan November.

Buyandship pula merupakan servis penghantaran yang membolehkan anda untuk membuat pembelian terus dari laman-laman e-dagang antarabangsa dan menikmati kos penghantaran yang rendah. Melalui Buyandship, anda boleh menggunakan alamat yang disediakan oleh pihak mereka di 9 lokasi antarabangsa, seperti di US, UK, China, Hong Kong, Australia, Jepun, Korea, Thailand dan Itali untuk mendapatkan barangan yang anda inginkan dengan harga yang sangat berbaloi dari pelbagai lokasi di seluruh dunia. Anda juga kini tidak lagi perlu risau akan kos penghantaran yang tinggi kerana caj yang dikenakan oleh Buyandship untuk penghantaran mereka adalah bergantung kepada berat yang diterima oleh gudang mereka, dan caj per paun (lbs) adalah serendah RM18 sahaja. Anda juga boleh menyatukan penghantaran dari lain-lain negara kedalam satu bungkusan secara percuma!

Apa yang lebih menarik adalah Buyandship kini sedang menawarkan kredit percuma kepada pengguna mereka sempena sambutan tahun ke-5 mereka beroperasi.Dengan hanya mendaftar sebagai ahli Buyandship, anda akan menerima kredit penghantaran percuma setinggi RM12 dan berpeluang untuk mendapatkan kredit penghantaran percuma seterusnya dengan pelbagai cara melalui platform mereka. Dengan ini, anda boleh gunakannya untuk transaksi pembelian anda kelak, seperti pada hari jualan Black Friday dan sebagainya. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menerima kredit penghantaran percuma daripada Buyandship kerana ia hanya ditawarkan sehingga 13 Disember ini sahaja.

Penafian: Advertorial Daripada Buyandship 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd