Honor 9X Dilihat Hadir Dengan Sokongan GMS Terbina

Honor 9X Dilihat Hadir Dengan Sokongan GMS Terbina

Diterbitkan pada Okt 31, 2019 oleh .

Honor Malaysia kini dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor 9X. 
Dengan pelbagai isu berkaitan Amerika Syarikat dan Huawei, semestinya ramai yang tertanya-tanya berkaitan sama ada peranti ini akan mempunyai sokongan Google Mobile Services ataupun sebaliknya.

HONOR 9X

Berkongsi mengenainya, ia dilihat yang mana Honor 9X menyertakan sokongan Google Mobile Services secara terbina – sekaligus memberikan akses kepada perkhidmatan Play Store dan sebagainya kepada pengguna.

Pihak Honor Malaysia dijangka akan berkongsi lanjut mengenai penawaran Honor 9X untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia merupakan peranti berspesifikasi pertengahan dengan harga mampu-milik, tetapi pada masa yang sama menyertakan beberapa ciri menarik. Ia hadir dengan rekaan skrin penuh menggunakan rekaan kamera pop-naik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut pihak Honor Malaysia berkaitan peranti ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN