Carian
Gambar Telefon Boleh-Lipat Motorola Razr Tertiris Ke Arena Web
October 31, 2019 Aman

Motorola merupakan salah satu pengeluar peranti mudah-alih yang popular, dan sedia terkenal dengan penawaran telefon boleh-lipat RAZR sekitar lebih sedekad yang lepas. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Motorola akan hadir dengan telefon seumpama RAZR kembali, tetapi menggunakan teknologi terkini seperti skrin boleh-lipat, dan rekaan engsel yang lebih baik.

Motorola dijangka memperkenalkan penawaran telefon boleh-lipat mereka ini seawal penghujung tahun ini. Menariknya, selari dengannya juga, kini @evleaks berkongsi sebuah gambar – memperlihatkan seumpama rekaan telefon RAZR baru yang bakal diperkenalkan oleh Motorola.

Buat masa ini, info penuh mengenainya masih tidak diketahui lagi. Gambar tertiris ini memperlihatkan rekaan sedikit tebal, memperlihatkan rekaan seumpama pengimbas cap jari dibawah, selain penggunaan engsel khusus bersama dengannya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut peranti ini, dan melihat sama ada ia akan berjaya mengembalikan nostalgia dan kejayaan jenama RAZR seperti lebih sedekad yang lepas.

Komen