Cari @ Amanz

Halangan utama kereta elektrik untuk menggantikan kereta bahan api fosil ialah tempoh pengecasan yang lama. Jika kenderaan di cas di rumah, sebuah kereta elektrik boleh dicas sepenuhnya dalam masa 8 jam. Teknologi baharu yang dibangunkan oleh penyelidik dari Penn State University membolehkan bateri kereta elektrik dicas ke tahap 80% dalam masa 10 minit.

Masalah bateri pada waktu ini ialah jika ia dicas dengan pantas, kepingan litium akan menutupi bahagia elektrod negatif, Ini akan memendekkan hayat bateri selepas hanya 60 kali pengecasan. Tetapi penyelidik mendapati jika elektrod dipanaskan terlebih dahulu ke suhu 60 darjah Celsius, kepingan litium ini hanya akan muncul selepas 2500 kali pengecasan bersamaan dengan selepas kenderaan digunakan sejauh 750,000 km atau 14 tahun.

Penemuan Penn State University ini adalah berlawanan dengan pendapat selama ini bahawa bateri Li-ion tidak boleh dicas dalam suhu panas kerana ia akan memendekkan hayat bateri. Selepas kejayaan ini, penyelidik kini cuba membangunkan teknologi mengecas bateri kereta dalam masa hanya 5 minit pula.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd