Carian
Volocopter Memperlihatkan Dron Yang Mampu Membawa 200kg Kargo
November 1, 2019 Effi Saharudin

Volocopter pada waktu ini ialah satu-satunya syarikat yang mempunyai perancangan yang jelas mengenai perkhidmatan teksi terbang mereka. Prototaip lapangan teksi terbang VoloPort telah diperlihatkan di Singapura hanya dua minggu lalu. Perancangan mereka yang seterusnya pula ialah memperkenalkan perkhidmatan penghantaran kargo menggunakan VoloDrone.

VoloDrone mempunyai konfigurasi 18 kipas yang sama seperti VoloCity tetapi tidak boleh membawa penumpang. Sebaliknya pada bahagian bawah terdapat ruang untuk menyangkut kargo sehingga 200 kilogram dengan jarak operasi sehingga 40 kilometer.

Kargo boleh diangkat dalam bentuk palet atau di dalam jaring seperti yang digunakan oleh pihak tentera. Terdapat juga perancangan penggunaan VoloDrone untuk tujuan pertanian sekiranya perlu, Ujian penerbangan pertama telah dilakukan di Jerman tetapi sasaran memulakan operasi masih belum diumumkan,

Komen